Tuesday, April 5, 2011

Asam Pedas dan Sayur Keladi

Gara-gara tiada sayur terpaksa membeli ikan masak asam pedas ngan sayur keladi untuk makan tengah hari. Ingatkan sayur keladi tu x pedas..fuhhh..dah lah ikan masak asam pedas tu pedas, tambah ngan sayur tu lagi. Rasa nak buang je sayur tu.

Pasal makanan pedas ni, banyak kenangan sebenarnya, terutamanya bila sampai tempat ni (Perak) untuk sambung study. Dulu tempat asal (Sabah) memang x makan pedas. Family pun x makan makanan pedas sebab x baik untuk kesihatan terutamanya perut. Tapi bila sampai tempat ni, terpaksa lah belajar makan pedas, nak hiduplah katakan..hi3.

Disemenanjung ni susah nak jumpa makanan x pedas, so terpaksa belajar makan pedas. Syukur, setelah 4 tahun duduk sini, akhirnya dapat juga terima makanan pedas yang ringan2 (x pedas sangat..hi3). Masa mula2 sampai seminggu x makan sebab x tahan pedas.







Inilah menu makan tengah hari saya tadi..he3..
Sayur keladi, nasi ngan Ikan Asam Pedas
(sumber: google, tapi rupa tetap sama tau)


Rasa makanan ini yang terlalu pedas sehingga bibir rasa nak kebas membuatkan rasa nak buang je makanan ni. Tapi bila fikir balik, ramai lagi orang diluar sana yang kelaparan, saya makan juga la (paksa). Teringat kanak-kanak di luar sana yang kelaparan akibat tiada makanan menyebabkan saya paksa diri makan.

Betapa bersyukurnya saya sebab masih mampu untuk membeli makanan. Ibu bapa saya masih mampu untuk menyediakan makanan untuk kami semua.

Saya rasa rakyat Malaysia ini mewah dengan makanan, rakyat kita tidak meninggal kerana kekurangan makanan tetapi terlebih makanan. Apabila terdapatnya 2 atau 3 lauk terhidang semasa kita makan, itu menandakan kita mewah kerana mampu menyediakan 2 atau 3 lauk. Di luar sana terdapat golongan yang tidak bernasib baik. Malahan terdapat yang hanya makan nasi berlaukkan garam atau kicap. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana masih terdapat orang lain yang lebih malang dari kita.







Bila tengok gambar-gambar diatas ni sedih sangat, masih ramai manusia di dunia ini yang kelaparan. Kelaparan itu suatu yang amat menyakitkan. Hanya mereka yang pernah merasa lapar yang tahu bagaimana sakitnya rasa lapar tersebut.



Sesungguhnya masih banyak orang di dunia yang lebih susah dari kita, maka hentikanlah segala keluhan kita dan bersyukur terhadap apa yang kita punya.

No comments:

Post a Comment